Skip to main content
22
Apr
2024

Temuramah khas di Sabah FM sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah Tahun 1445H/2024M

Pada 22 April 2024, satu slot temuramah khas di Sabah FM sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah Tahun 1445H/2024M dengan menampilkan tetamu jemputan YB. Datuk Dr. Haji Ariffin bin Haji Mohd Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Konti Sabah FM. 
Turut hadir hadir dalam program tersebut adalah Tuan Jumain Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Tuan Ramlan Awang Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Ustaz Awang Juri Awang Tahir, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam JHEAINS dan Ustaz Adam Abdul Hai, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan & Inovasi JHEAINS.