Skip to main content

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) ditubuhkan pada 1 Januari 1996 di bawah Jabatan Ketua Menteri berdasarkan keputusan Jemaah Menteri melalui Kertas Kabinet bil./25/95, rcc. 101/469 jilid 3, 11 Ogos 1994 sebagai salah satu jabatan Kerajaan Negeri yang diberi tanggungjawab melaksanakan dasar-dasar Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS). 

Rasional penubuhan JHEAINS adalah selaras dengan peranannya sebagai agensi pelaksana dan penguatkuasa bagi MUIS dan selaras dengan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam, No. 13/1992.

Pada tahun 2018, JHEAINS telah diletakkan di bawah Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri (KUHEANS).

Sejak tahun 2022 sehingga kini, JHEAINS telah diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), Jabatan Ketua Menteri.

Sejak awal penubuhan JHEAINS, pejabat cawangan di semua daerah dan sebilangan daerah kecil telah beroperasi  dan beberapa bahagian telah diwujudkan seperti berikut:

  1. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan;
  2. Bahagian Pembangunan (Projek);
  3. Bahagian Pendidikan;
  4. Bahagian Dakwah;
  5. Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk;
  6. Bahagian Sebaran Am;
  7. Bahagian Pendakwaan dan
  8. Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan.

Walau bagaimanapun, selepas itu satu bahagian baharu telah diwujudkan dan berlaku perubahan pada nama bahagian-bahagian tertentu seperti berikut:

  1. Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan;
  2. Bahagian Pembangunan;
  3. Bahagian Pentadbiran Pejabat-Pejabat Agama Wilayah dan Daerah;
  4. Bahagian Pendidikan;
  5. Bahagian Dakwah;
  6. Bahagian Pentadbiran Syariah;
  7. Bahagian Penyelidikan dan Sebaran Am;
  8. Bahagian Pendakwaan dan
  9. Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah.

Semenjak itu, Bahagian Pentadbiran Pejabat-Pejabat Agama Wilayah dan Daerah diketuai oleh Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam) selaras dengan pewujudan dan pewartaan jawatan baru Gred S52.