Skip to main content

Tarikh : 15 September 2026

Tempat : Tapak Tamu Mingguan, Pekan Sook

Masa : 7.30 Pagi

Perasmi : YB Datuk Abdul Ghani bin Haji Yassin ( ADUN N.46 Nabawan Merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah )

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Abdul Ghani bin Haji Yassin, ADUN N.46 Nabawan merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah dan dihadiri kira-kira 1,200 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, agensi kerajaan, jabatan, komuniti setempat serta jemaah masjid.

Antara pengisian utama sambutan ialah perarakan Maulidur Rasul yang bermula dari Masjid Ar-Raudah menuju ke Tapak Tamu Mingguan, Pekan Sook, pada jam 9.30 pagi. Perarakan tersebut melibatkan sebanyak 20 kumpulan yang mewakili pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, komuniti setempat serta masjid-masjid di daerah Sook.

Program ini bukan sahaja menjadi wadah untuk memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, malah turut menjadi platform dalam menyemarakkan semangat ukhuwah, perpaduan dan kecintaan masyarakat terhadap Rasulullah SAW serta memperkukuhkan hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Turut diadakan sempena sambutan tersebut ialah Kempen Derma Darah daripada Pusat Transfusi Daerah Keningau. Kempen berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta dan orang awam, dengan sebanyak 15 beg darah berjaya dikumpulkan.

Secara keseluruhannya, Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H/2026M berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat. Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat terus menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, memperkukuhkan silaturahim serta membudayakan nilai-nilai murni dan semangat saling membantu dalam kalangan masyarakat.

"Madani Dihayati, Ummah Diberkati"

Sekian, Terima kasih.

,