Skip to main content

Pasukan Inovasi Digital


 

Fungsi Pasukan Inovasi Digital

Pengurusan Transformasi Penyampaian Perkhidmatan disemua agensi seliaan meliputi:

  1. Perolehan Perkakasan dan Perisian ICT;

    1. Melaksanakan kajian keperluan sebenar secara keseluruhan;

    2. Menyediakan laporan kajian teknikal ICT;

    3. Membincangkan bersama agensi seliaan untuk persetujuan;

    4. Memuktamadkan laporan dan kemukakan kepada ibu pejabat dan agensi seliaan;

       

  2. Penasihat dan Pegawai Perhubungan bagi Pembangunan Aplikasi agensi;

    1. Mencadangkan sistem-sistem aplikasi yang sesuai dibangunkan di agensi seliaan;

    2. Menerima, meneliti dan memberikan maklum balas terhadap permohonan pembangunan sistem aplikasi (dibangunkan baharu, menggunakan sistem aplikasi sedia ada);

    3. Membantu agensi seliaan dalam penyediaan kertas cadangan pembangunan aplikasi;

    4. Menjadi pegawai perhubungan antara agensi seliaan dan Bahagian Pembangunan Aplikasi;

       

  3. Penasihat, Bantuan Teknikal (Back-End) dan Tunjuk Ajar bagi Pembangunan Laman Web/Portal  yang lebih dinamik; 

    1. Mengenalpasti tahap keupayaan webmaster di agensi;

    2. Memberi cadangan pemilihan penggunaan platform sama BayuWeb atau BayuCentric; 

    3. Memberi latihan penggunaan platform yang dipilih.

       

  4. Bantuan teknikal atau tunjuk ajar bagi pembangunan kandungan multimedia (Multimedia Content) seperti digital backdrop, montaj, hebahan digital, hebahan video; 

  5. Pelaksanaan Program Transformasi Digital yang diturunkan dari peringkat ibu pejabat;

  6. Pengurusan Rangkaian dan Perkakasan Komputer; 

  7. Pengurusan Keselamatan ICT (peringkat agensi); 

  8. Pelaksanaan Kursus-Kursus ICT; dan

  9. Pengurusan Rekod Aset dan Inventori ICT.

  10. Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa ICT Jabatan dan pejabat-pejabat cawangan.