,
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
MUKIM TAMBISAN, TUNGKU
JHEAINS Daerah Tungku telah selesai melaksanakan Kursus Pengurusan Jenazah Mukim Tambisan, Tungku pada 20hb Julai 2024 bertempat di Masjid Nur Hidayah Pulau Tambisan bermula seawal 7.00 pagi dan selesai pada pukul 2.00 petang.
Ceramah dan sesi praktikal disampaikan oleh Kapten Mohd Sallehuddin bin Jaafar dan Sjn Raja Nazrin bin Raja Abdullah dari KAGAT Briged 13 Infantri, Kem Cenderawasih manakala sesi praktikal bagi wanita di sampaikan oleh Ustazah Nurul Suhaila (YADIM).
Majlis penutupan dirasmikan oleh Ybhg. OKK Tuan Haji Mohamed bin Nuron, Ketua Daerah Tungku dan Alhamdulillah Seramai 97 orang peserta mengikuti kursus dengan jayanya.


