PROGRAM BACAAN YASIN,TAHLIL DAN DOA SEMPENA MEMPERINGATI PERISTIWA PENCEROBOHAN LAHAD DATU KALI KE-12 DAN IFTAR PERDANA JHEAINS LAHAD DATU
14/03/2025, Khamis
Tragedi berdarah "Tandou" yang mengorbankan 10 perwira 12 tahun yang lalu tetap segar dalam ingatan khususnya kepada warga Lahad Datu.
Setiap tahun program bacaan Yassin ,doa dan Tahlil diadakan sempena memperingati peristiwa berdarah itu. Program yang dihadiri oleh Pengerusi Badan Dakwah Daerah Lahad Datu, Tuan Firuz Idzualdeen Mohd Dzul serta semua wakil jabatan kerajaan negeri dan persekutuan yang di mulakan dengan bacaan Yassin doa dan Tahlil, rakaman takbir raya serta iftar perdana di Masjid Nurul Aman Taman Aman.
Tujuan program bacaan Yassin,doa dan Tahlil ini adalah sebagai tanda ingatan dan penghormatan kepada pasukan keselamatan yang terkorban dalam tragedi hitam di Kampung Tanduo.
Program turut diimarahkan dengan kehadiran Anggota keselamatan dari PDRM, ESSCOM, ATM, MARITIM, MARIN, PGA dan RELA serta kehadiran hampir 100 orang penduduk setempat.


