Skip to main content
,

Operasi Madodong Food Festival

Pada 24 januari 2025 lalu telah tular satu video di media sosial berkenaan hiburan melampau di Madodong Food Festival. Sehubungan dengan itu, pihak Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JHEAINS Daerah Lahad Datu telah mengambil tindakan untuk berjumpa dengan pihak penganjur dan membuat penjelasan secara terbuka kepada masyarakat di tapak Madodong Food Festival yang berlangsung di Kompleks Sukan Lahad Datu.

Operasi ini di ketuai oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Lahad Datu, Ustaz Mardi Arifin dan 10 orang anggota Penguatkuasa JHEAINS Lahad Datu.