Skip to main content

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH SOOK TAHUN 1446H/2025M

TARIKH : 25 JANUARI 2025M

TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG JOHAN JAYA, SOOK

MASA : 8.00 PAGI

PERASMI : YBHG. DATUK USTAZ HAJI MALAI ALI BIN HAJI MALAI AHMAD

( TIMBALAN YANG DIPERTUA MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH )

Telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Sook yang telah disempurnakan YBHG. Datuk Ustaz Haji Malai Ali bin Malai Ahmad iaitu Timbalan Yang Dipertua Muis.

Kehadiran orang ramai melebihi jangkaan dengan 200 Orang yang hadir semasa pertandingan tersebut dan menampakkan kepositifan dalam majlis tersebut yang mampu menarik pengunjung yang terdiri daripada jemaah Kampung Johan Jaya sendiri dan jemaah kariah yang terdekat.

Berikut merupakan keputusan pertandingan :

Kategori Qari

Johan : Syahidin Bin Naili

N.Johan : Ismail Bin Jasmin

Ketiga : Mohd Firhan Bin Hamid

Kategori Qariah

Johan : Suryati Binti Rubilim

N.Johan : Jalimah Binti Jubal

Ketiga : Puteri An-Nadwah Binti Edan

Saguhati 4 : Halipah Binti Abdul Rahim

Saguhati 5 : Sumeera Binti Noor Mohammad

Syabas dan Tahniah diucapkan, kepada para pemenang dan selamat bertanding peringkat bahagian.

Tahniah juga diucapkan kepada tuan rumah iaitu Kampung Johan Jaya yang berjaya menjadi tuan rumah dan menyediakan fasiliti semasa majlis berlangsung.

“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”

,