MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SABAH 1446H/2025M
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1446H/2025M telah berlangsung selama 4 hari bermula pada 13hb sehingga 16hb Februari 2025.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah berlangsung pada hari terakhir, 16hb Februari 2025 yang telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Faridah binti Haji Thussin. Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dan isteri, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, Speaker Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M Yahya dan isteri, Yang Berbahagia Datin Seri Panglima Hajjah Norani binti Haji Salleh, Timbalan Ketua Menteri, Barisan Menteri-Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, SS Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan Ketua-Ketua Jabatan.
Seramai 20 peserta Qari Qariah dan 18 peserta Hafazan telah bertanding. Kategori yang dipertandingkan adalah Qari dan Qariah kategori dewasa dan remaja, Hafazan Tahap 1 (Juz 1-10), Hafazan Tahap 2 (Juz 1-20), dan Hafazan Tahap 3 (Juz 1-30).
Jemaah Hakim telah mendapat keputusan yang muktamad. Al Fadhil Ustaz Hamdani bin Omar mewakili barisan Jemaah Hakim mengumumkan keputusan seperti berikut,
Johan Dewasa Qari - Nashraf Ideen Bin Nahar (Johan Menunggu)
Johan Dewasa Qariah - Nadirah Syazwani Binti Sapari (Johan Menunggu)
Johan Remaja Qari - Muhammad Iqmal Hidayat bin Tarib
Johan Remaja Qariah - Ain Fatihah binti Farid
Johan Hafazan Tahap 1 Hafiz - Mohammad Khayruddin Zakwan bin Jaimis
Johan Hafazan Tahap 1 Hafizah - Fariha Noorakma binti Murjim
Johan Hafazan Tahap 2 Hafiz - Ahmad Syafieq Hidayat bin Lasiri
Johan Hafazan Tahap 2 Hafizah - Nur Atikah Fathiah Qistina binti Ahmad Fauzi
Johan Hafazan Tahap 3 Hafiz - Muhammad Fathi Safwan bin Eshak
Johan Hafazan Tahap 3 Hafizah - Alia Rafidah binti Supu
YB Datuk Dr. Haji Mohd Ariffin Arif, YB Datuk Haji Ruslan Muharram, YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, YBhg. Datuk Jumain Abd Ghani dan YBhg. Tuan Ramlan Awang Ali menjemput dan mengiringi TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman dan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. sekaligus menyampaikan hadiah kepada Johan Terbaik MTHQNS 2025, Nashraf Ideen Bin Nahar.


