02
Jan
2025
Majlis Haul Ke 30 Tahun Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Datu Mustapha bin Datu Harun
Majlis Haul Ke 30 Tahun Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Datu Mustapha bin Datu Harun telah diadakan pada 2 Januari 2025 di Masjid Negeri Sabah. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Yang Di-Pertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor, Timbalan Ketua Menteri III YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya dan pemimpin negeri yang lain.
Majlis dimulai dengan bacaan Yassin dan Tahlil oleh Imam Besar Negeri Sabah seusai Solat Maghrib dan diteruskan dengan bacaan doa oleh S.S Mufti Negeri Sabah dan tazkirah ringkas perjuangan Tun Mustapha.


