Majlis Anugerah Kecemerlangan & Khatam Al Quran 2025 SAN Kg Menawo Keningau
Majlis Anugerah Kecemerlangan & Khatam Al Quran 2025 SAN Kg Menawo Keningau
YBhg. Datuk Jumain Abd Ghani, Pengarah JHEAINS berkesempatan hadir merasmikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Al-Quran 2025 SAN Kg Menawo Keningau. Turut hadir bersama, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan, Pn Jonisah Harimin dan Penolong Pengarah, Ustaz Rahman Kiam. Ketibaan Datuk Pengarah bersama rombongan dijemput YBrs. Ustazah Halisah Japin (Guru Besar SAN Kg Menawo Keningau), YBhg. Tuan Haji Sulaimin Musinin (YDP PIBG SAN Kg Menawo), YBhg. Ustaz Salman Dukiman (Pengerusi Masjid Al Hikam Kg Menawo)
YBhg. Datuk Pengarah telah menyampaikan beberapa buah Anugerah kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Usai majlis di SAN Kg Menawo Keningau, YBhg. Datuk Pengarah dibawa meninjau kawasan Masjid Al Hikam Kg Menawo Keningau.


