16
Dec
2024
Kunjungan Hormat TV AlHijrah ke JHEAINS
KUNJUNGAN HORMAT PIHAK TV ALHIJRAH KE JHEAINS
Tujuan kunjungan ini adalah bagi mengeratkan hubungan diantara TV AlHijrah dan JHEAINS serta membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang agama khususnya dalam memperluaskan impak positif kepada masyarakat melalui platform media TV AlHijrah.
Kunjungan daripada rombongan TV AlHijrah diketuai oleh Tuan Saifulizan Sidek, Ketua Integrasi Media dan Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah.
Turut serta dalam perbincangan ini daripada pihak JHEAINS, Tuan Hj. Ahmad bin Hj. Yusop, Timbalan Pengarah (Pengurusan) bersama dengan Ketua-Ketua Penolong Pengarah.


