Skip to main content

PROGRAM SINGGAH SUNGKAI BADAN DAKWAH DAN JABATAN KERAJAAN BERSAMA KARIAH DI MASJID NURUL ITTIHAD, KG. MUHIBBAH, LAHAD DATU

21/MAC/2025

Program Singgah Sungkai merupakan initiatif yang dilaksanakan oleh JHEAINS Lahad Datu bagi mendekatkan agensi kerajaan dengan masyarakat serta dapat menjalinkan silaturrahim dalam bulan ramadan.

Singgah Sungkai bersama kariah yang keempat diadakan di Masjid Nurul Ittihad, Kg. Muhibbah, Lahad Datu. Taklimat disampaikan oleh Pengurus Bank Islam Cawangan Lahad Datu, Puan Yusnita binti Md Yusof dan Encik Aznif Noor daripada Bank Rakyat Cawangan Lahad Datu. 

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Ustaz Mardi bin Arifin, Pegawai Tadbir Agama mewakili Pengerusi Badan Dakwah Daerah Lahad Datu. Dalam ucapan beliau menyentuh tentang kepentingan mendaftarkan perkahwinan bagi memudahkan urusan dalam menuntut hak-hak perwarisan sekiranya berlaku kematian.

Kehadiran masyarakat setempat sekitar 100 orang memeriahkan suasana dengan majlis berbuka di akhiri dengan rakaman video ucapan selamat hari raya, solat fardhu dan terawih secara berjemaah.