Skip to main content

PROGRAM SINGGAH SUNGKAI BADAN DAKWAH DAN JABATAN KERAJAAN BERSAMA KARIAH DI MASJID MASJID NURUL HIKMAH KG.BUMIPUTERA SILAM, LAHAD DATU

19/MAC/2025

Program Singgah Sungkai merupakan initiatif yang dilaksanakan oleh JHEAINS Lahad Datu bagi mendekatkan agensi kerajaan dengan masyarakat serta dapat menjalinkan silaturrahim dalam bulan ramadan.

Singgah Sungkai bersama kariah yang kedua diadakan di Masjid Nurul Hikmah, Kg. Bumiputera Silam, Lahad Datu. Taklimat Keselamatan disampaikan oleh Ketua Cawangan Khas PDRM Lahad Datu, Tuan ASP Abbas Bin Saud berkenaan “Radikalisme Dalam Agama Mengancam Keharmonian Dan Keselamatan Negara”.

Kehadiran masyarakat setempat sekitar 100 orang memeriahkan suasana dengan majlis berbuka bersama serta program derma darah oleh Unit Tabung Darah Hospital Lahad Datu. Program di akhiri dengan rakaman video ucapan selamat hari raya, solat fardhu dan terawih secara berjemaah.