Skip to main content

OPS VALENTINE'S DAY

 

Operasi yang bermula sekitar jam 9.30 malam hingga 3.00 pagi itu menyasarkan hotel-hotel bajet yang dipercayai digunakan oleh pasangan untuk tujuan maksiat.

Seramai 12 anggota penguatkuasa JHEAINS, dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah memeriksa beberapa bilik di empat hotel bajet di sekitar Lahad Datu.

Menurut Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Lahad Datu, Ustaz Mardi Ariffin, operasi ini bertujuan memastikan masyarakat tidak terlibat dalam perbuatan yang mendekati zina sempena meraikan hari kekasih yang diharamkan oleh Islam.