Skip to main content
,

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1446H/2024M

Peringkat Daerah Kecil Tungku

Dataran Expo, FELDA Wilayah Sahabat 

Seramai 2500 orang menyertai perarakan dan perhimpunan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1446H/2024M Peringkat Daerah Kecil Tungku pada 19hb Oktober 2024 di dataran Expo, FELDA Wilayah Sahabat. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Abdul Hakim bin Haji Ghulam Hassan, Timbalan Yang Di-Pertua USIA. Ceramah Khas disampaikan oleh Ustaz Romzi bin Rahman bersama Saudara Adam AF dan Kumpulan Hadrah Zikir dan Selawat Al-Khairat Negeri Sabah.

6 kategori pertandingan sepanduk dipertandingkan yang disertai oleh 33 kontinjen dari seluruh Daerah Kecil Tungku yang dihakimi oleh Ustaz Adam bin Abdul Hai, Ustaz Junaidi bin Mohd Noh, Ustaz Shayrul Izam bin Abdul Ramin dan Ustaz Mohammad Rezza bin Jumatin. Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut ;

  1. Kategori Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri / Persekutuan

    Johan : FGV Plantation (M) Sdn.Bhd

    Naib Johan : FGV Divisyen R&D Sdn.Bhd

    Ketiga : KPF Niaga Sdn.Bhd

  2. Kategori Ladang / Persatuan / NGO

       Johan : KRT Kg. Mundas, Tungku

       Naib Johan : Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Tungku

       Ketiga : KBSK Al-Mukminin, Tungku  

  1. Kategori Kampung dan Masjid

       Johan : Masjid Al-Huda Bandar Wilayah Sahabat

       Naib Johan : Masjid Nurul Hidayah Anjung Teduh

       Ketiga : Masjid At-Taubah Baiduri Ayu

  1. Kategori Sekolah

       Johan : SAR Bandar Sahabat

       Naib Johan : SK Tanjung Labian

       Ketiga : SAR Hamparan Badai

  1. Kategori Jemputan (Khas)

       Johan : Jabatan Kebajikan Masyarakat Lahad Datu

       Naib Johan : Masjid Al-Muhajirin, Gugusan UMAS Tawau

       Ketiga : CLC FGV

  1. Kategori Percetakan (Banner)

       Johan : Pejabat Felda Wilayah Sahabat

       Naib Johan : SMK Tungku

       Ketiga : Polis Bantuan Felda

       Keempat : Kampung Fajar Harapan

  1. Kontinjen Teramai : Kompleks Kembara Sakti dengan 322 orang ahli

Selain itu, pertandingan Gubahan Bunga Telur juga turut dipertandingkan dan sebanyak 32 penyertaan bagi 2 kategori iaitu Kategori Tradisi (17 penyertaan) serta Kategori Moden (15 penyertaan). Pertandingan ini dihakimi oleh Encik Mohd Fauzie Yusof (Pegawai PERKESO), Encik Muhammad Hisyam Amirruddin (PERKESO), Ustaz Jefri bin Zulkifli (Pejabat Pendidikan Daerah), Dr. Liew Chiah Hui Shirley (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan Encik Bukhari (Jabatan Penjara Malaysia). Keputusan pertandingan ialah;

  1. Kategori Moden

       Johan : FGV Palm Industries Sdn.Bhd

       Naib Johan : SK Tungku

       Ketiga : SK Sahabat 16

       Keempat : SMK Desa Kencana

  1. Kategori Tradisi

        Johan : Encik Abu Bakar Taraji

       Naib Johan : CLC FGV

       Ketiga : Puan Siau Luu

       Keempat : PASTI Permata Kasih

Setiap penyertaan pertandingan membawa pulang hamper dan sijil penyertaan manakala pemenang menerima Wang Tunai, Plak, Sijil Penyertaan dan Hamper.