,
FESTIVAL NASYID 1446H/2024M
Peringkat Daerah Kecil Tungku
Dataran Expo FELDA Wilayah Sahabat
Seramai 500 orang menghadiri Festival Nasyid Peringkat Daerah Kecil Tungku yang telah diadakan pada 18hb Oktober 2024 di dataran Expo FELDA Wilayah Sahabat. Dua kategori dipertandingkan iaitu Kategori Kanak-kanak dan Kategori Dewasa yang dirasmikan oleh YBhg. Tn. Hj. Mukmin @ Momen bin Anchai, Pemimpin Pembangunan Masyarakat, N.60 Tungku.
Sebanyak 9 kumpulan kategori kanak-kanak dan 8 kumpulan kategori dewasa yang menyertai festival ini. Barisan Hakim terdiri daripada Ustaz Adam bin Abdul Hai, Ustaz Romzi bin Rahman dan Encik Mohd Aizam @ Adam AF.
Setiap penyertaan membawa pulang sijil penyertaan serta hamper manakala pemenang pula membawa pulang hadiah wang tunai, plak, sijil penghargaan dan hamper.


