Skip to main content

MAHRAJAN KESENIAN ISLAM PERINGKAT DAERAH SOOK TAHUN 1448H/2026M
SOOK, 17 Oktober 2026 - Telah berlangsung Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H/2026M yang bertempat di Dewan Serbaguna Kg. Sinulihan Baru, Sook yang bermula seawal 8 pagi.

Turut hadir dan merasmikan program tersebut ialah Tuan Sakim bin Ibrahim ( Anggota Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia ) dan Ustazah Noor Jannah Rusinin ( Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Sook ) yang hadir bersama dalam memeriahkan program yang dilaksanakan ini.

Suasana yang penuh kegembiraan dan semangat dapat dilihat daripada semua peserta dan orang ramai yang hadir walaupun bekalan elektrik terputus pada waktu tersebut dan hanya menggunakan peralatan yang terbatas untuk meneruskan program tersebut.

Didahului pemenang pertandingan Mahrajan kategori lelaki ialah adik Azhar Afiq Bin Azman  dan naib johan Saad Bin Mohd Iqbal. Bagi kategori bercerita perempuan pula dimenangi Nur Izzatul Eryna Binti Sarar, naib johan Mirza Raudhah Binti Risman dan tempat ketiga Nur Shaifah Raniyah Binti Narisin.

Manakala kategori nasyid lelaki dimenangi oleh kumpulan Soutul Ittihad dan tempat kedua Soutul Al-Ikhsan, nasyid perempuan pula dimenangi kumpulan Tufah dan naib johan kumpulan Qalba.

Bagi kategori Festival Kompang pula dimenangi kumpulan Pisompuruan mewakili Kg. Sinulihan Baru dan Kategori Marhaban dimenangi kumpulan Mahabbah yang juga mewakili Kg. Sinulihan Baru.

Dianggarkan lebih 250 Orang ramai yang sama-sama menghadiri dan memeriahkan majlis tersebut walaupun dalam keadaaan yang terbas namun segala perjalanan program berjalan dengan lancar.

Secara keseluruhannya, matlamat akhir penulisan mahrajan ini melangkaui sekadar trofi kemenangan, sebaliknya ia adalah usaha murni memahat nilai-nilai murni al-Quran dan sunnah dalam jiwa anak bangsa. Melalui medium kesenian dan keilmuan Islam seumpama ini, kita berharap dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, dan rohani. Semoga usaha murni semua pihak yang menjayakan pertandingan ini diberkati oleh Allah SWT dan terus kekal menjadi pemangkin pembentukan ummah yang madani dan berakhlak mulia.

,