Skip to main content
,

OPS Bersepadu Ambang Kemerdekaan

30 OGOS 2025, HOTEL-HOTEL DI SEKITAR LAHAD DATU

Operasi yang dirancang bersama antara Penguatkuasa JHEAINS Lahad Datu, IPD Lahad Datu dan Jabatan Imigresen Lahad Datu dipecahkan kepada dua kumpulan yang melibatkan hampir 30 orang anggota keselamatan untuk membuat serbuan dihotel-hotel disekitar Lahad Datu.

Operasi dimulakan melalui sesi taklimat oleh Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Lahad Datu, Ustaz Mardi bin Arifin kepada semua anggota yang terlibat dan bacaan doa.

Operasi yang berakhir pada pukul 1.00 pagi, dengan 3 tangkapan dilakukan dan didakwa kerana telah melanggar Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Seksyen 84.