Skip to main content

Bahagian Pentadbiran Syariah merupakan salah satu bahagian di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Fungsi dan peranan hal ehwal perkahwinan, perceraian dan ruju’ serta perundingcara keluarga Islam adalah di bawah tanggungjawab Bahagian ini dan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah, Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI).

Unit-unit di bawah Pentadbiran Syariah

Bahagian Pentadbiran Syariah terdiri daripada dua unit iaitu:

  • Unit Pembangunan Keluarga 
  • Unit Perundingan Keluarga

Unit Pembangunan Keluarga 

  • Memastikan urusan hal ehwal perkahwinan, perceraian dan ruju' Orang Islam di negeri Sabah menepati kehendak Hukum Syarak dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2004.
  • Memastikan pendaftaran perkahwinan, perceraian dan ruju' dilaksanakan dengan teratur.
  • Bertanggungjawab menyelia dan memantau  pengeluaran surat perakuan nikah, cerai dan ruju’ seluruh daerah di negeri Sabah.
  • Bertanggungjawab mengawal dan menyelia rekod perkahwinan, perceraian dan ruju'
  • Mengurus perlantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar Kanan, Pendaftar, Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ orang Islam, Jurunikah dan Wali Raja.
  • Bertanggungjawab menjalankan penyelidikan undang-undang keluarga Islam bagi tujuan pindaan dan penambahbaikan kepada peruntukan Enakmen undang-undang keluarga Islam 2004 sedia ada.
  • Menyediakan laporan berkaitan perkahwinan, perceraian dan ruju'.
  • Melaksana program-program pembangunan keluarga Islam dan program berkaitan undang-undang keluarga Islam.  
  • Menyelaras penganjuran Kursus Pra Perkahwinan Islam (KPPI) seluruh Sabah.
  • Mengurus sistem e-perkahwinan.
  • Membantu mengawal resit-resit rasmi dan terimaan/kutipan wang urusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ serta Kursus Pra Perkahwinan Islam (KPPI).
  • Menyelia petugas-petugas kaunter urusan perkahwinan, perceraian dan ruju’.

Unit Perundingan Keluarga

  • Memberi khidmat nasihat dan rundingcara kekeluargaan 
  • Menjadi penyelaras kepada pegawai perunding keluarga Islam di JHEAINS
  • Menyediakan statistik aduan dan permasalahan keluarga 
  • Menyediakan laporan kes rundingcara untuk di kemukakan ke Mahkamah Syariah.
  • Pengendalian Jawatankuasa Pendamai yang dilantik oleh Mahkamah Syariah
  • Merancang serta menyelaras Kursus Pasca Perkahwinan berdasarkan modul-modul yang ditetapkan.