Skip to main content

Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H/2026M

Telah berlangsung Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H/2026M yang bertempat di Dewan Terbuka, Kg. Binuwou Tengah, Sook pada 27 Jun 2026 bersamaan hari sabtu yang bermula seawal jam 8.00 pagi dan selesai tepat jam 12 tengah hari.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun, Timbalan Menteri II merangkap Menteri Kewangan Negeri Sabah selaku jemputan utama dan perasmi Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H/2026M.

Turut menghadiri majlis tersebut ialah Tuan Hasinin bin Kinsim, ( Pegawai Daerah Sook ) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook, Superitenden Yampil Anak Garai ( Ketua Polis Daerah Keningau ), Encik Sakim bin Ibrahim ( Wakil kepada YB. Dato Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia merangkap Adun N.45 Sook ), Encik Jehan Osman Ongkomog ( Wakil kepada YB. Tuan Jordan Jude Ellron, Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Merangkap Adun N.44 Tulid ), Al-Fadhil Dr. Ustaz Yusof Jasmin ( Ketua Penterjemah Al-Quran Dalam Bahasa Dusun ) Merangkap Penceramah Khas serta Ustaz Haslee bin Harimin, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sook dan merangkap Setiausaha Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H/2026M.

Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun ini menyaksikan penyampaian Tokoh Ma'al Hijrah yang di anugerahkan kepada Ustaz Mislan bin Mistah dan disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun.

Dalam majlis tersebut juga menyaksikan anugerah pelajar cemerlang Sekolah Rendah Ugama dan Ujian Penilaian Kelas KAFA serta Anugerah Surau Cemerlang yang di anugerahkan kepada Surau Al-Mukminun, Kg. Karamatoi dan Anugerah Masjid Cemerlang yang dianugerahkan kepada Masjid Darul Atiq, Kg. Kuit Lanas.

Jawatankuasa majlis sambutan Ma'al Hijrah tahun ini menambahkan kelainan aktiviti dengan menjemput Pusat Transfusi Darah Hosital Keningau dengan mengadakan kempen Derma Darah dan hasilnya sebanyak 15 pint darah berjaya dikumpulkan dengan keterlibatan sebanyak 25 orang yang mendaftar.

Dalam menyerikan majlis sambutan Ma'al Hijrah, Jawatankuasa Induk telahpun menjemput Imam Syahidin bin Naili selaku Juara Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Sook Tahun lalu untuk menyampaikan Alunan Bacaan Al-Quran serta menjemput Kumpulan Nasyid Belia Kg. Binuwou Tengah untuk memberikan persembahan.

Secara ringkasnya, dianggarkan sekitar 600 orang lebih menghadiri dan membanjiri venue sambutan Ma'al Hijrah pada tahun ini, datang dari sekitar Daerah Sook dan Kg. Binuwou dan sekitarnya dan kehadiran tersebut memberikan impak kejayaan yang besar melalui penganjuran Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Tahun ini, jawatankuasa induk mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada sambutan Ma'al Hijrah tahun ini, serta syabas dan tahniah diucapkan juga kepada Tuan Rumah iaitu Kg. Binuwou Tengah atas segala komitmen yang diberikan.

Marilah kita terus mengingatkan diri kita untuk terus bermuhasabah dengan peristiwa hijrah yang telah berlaku. Moga tahun baharu ini menjadi titik tolak untuk kita berhijrah menjadi insan yang lebih baik dan diredhai oleh Allah S.W.T.

" Madani Dihayati, Ummah Diberkati "

Sekian, Terima Kasih.

,