Skip to main content
,

Program Fiqh Wanita Daerah Lahad Datu

Tulip Ballroom, 09 November 2025

Program yang melibatkan Muslimah di sekitar daerah Lahad datu, membicarakan tentang Fiqh Wanita Kontemporari, kesihatan wanita dan Hak-hak Wanita Muslim dalam keluarga, masyarakat dan sosial menurut undang-undang Keluarga Islam Sabah. Sesi ceramah dimulakan oleh Ustazah Amnah binti Purongan kemudian Kesihatan wanita oleh Dr. Farah Azeera binti Mohd Azim Khan dan di akhiri oleh Hakim Mahkamah Syariah Lahad Datu, Puan Abidah binti Abd Gani.

Program dijayakan dengan kerjasama Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Lahad Datu, Ustaz Mardi Arifin dengan NGO-NGO iaitu Pertubuhan Amal Ummah Zuyyin, Pertubuhan Az-Zahrah, Persatuan Muslimah Sejati dan Persatuan Kelas Bimbingan Saudara Kita Lahad Datu.

Sesi ceramah yang bermula seawal 8.00pagi berakhir pada pukul 1.00petang dan dirasmikan oleh oleh Datuk Haji Abdul Hakim bin Haji Gulam Hassan yang dihadiri oleh 100 orang peserta Muslimah.