Skip to main content
,

Ziarah Mahabbah Hospital Lahad Datu

13 OGOS 2025, WAD KANAK-KANAK HOSPITAL LAHAD DATU

 

Program Ziarah Mahabbah yang diadakan di Hospital Lahad Datu ini bersamaan dengan lawatan YB Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia ke Hospital Lahad Datu. Tujuan program ini adalah untuk menjalin hubungan baik antara JHEAINS Lahad Datu dan Hospital Lahad Datu dalam menyantuni pesakit dan menyelami isu kebajikan kanak-kanak yang terlantar di hospital. Bakul sumbangan disampaikan oleh Ustaz Mardi bin Arifin, selaku Pegawai Tadbir Agama Daerah Lahad Datu merangkap Pengerusi Persatuan Kebajikan Kanak-kanak daerah.