Skip to main content
09
Dec
2025

Kunjungan Rasmi Yang Berhormat Datuk Isnin bin Haji Aliasnih, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)

Kunjungan Rasmi Yang Berhormat Datuk Isnin bin Haji Aliasnih, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) pada 9 Disember 2025 diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JHEAINS, Wisma MUIS.

Yang Berhormat Datuk telah disambut mewakili Pengarah JHEAINS, YBhg. Tuan Haji Ahmad Yusop Timbalan Pengarah Pengurusan, YBhg. Tuan Haji Awang Juri Ag Tahir Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam dan YBrs. Tuan Abd Manap Abd Ruhim Ketua Penolong Pengarah Kanan. Turut menyambut kehadiran Yang Berhormat Datuk, semua Ketua Penolong Pengarah setiap Bahagian, Ketua-ketua unit dan kakitangan JHEAINS.

Yang Berhormat Datuk diberi taklimat pengenalan kepada JHEAINS oleh YBrs. Tuan Abd Manap Abd Ruhim. Juga turut memberi taklimat ialah Puan Ir. Ts. Jamilah Tukang dari Bahagian Pembangunan dan Kejuruteraan. Di penghujung sesi taklimat, Yang Berhormat Datuk sempat memberi pesanan dan nasihat kepada warga JHEAINS.

JHEAINS mengambil perhatian atas nasihat yang diberikan Yang Berhormat Datuk dan semoga jalinan kerjasama serta hubungan baik antara YB Datuk dan JHEAINS berkekalan. insya Allah.