Skip to main content
24
Aug
2025

" ISTIADAT KONVOKESYEN INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SABAH KALI KE-6 "

24 Ogos 2025, Ahad.

The Magellen, Sutera Harbour, Kota Kinabalu.

" ISTIADAT KONVOKESYEN INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SABAH KALI KE-6 "

Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ruslan bin Haji Muharam, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Negeri Sabah.

Turut hadir YBhg. Datuk Jumain bin Abdul Ghani, Pengarah JHEAINS, YBhg. Datuk Ramlan bin Awang Ali (Ketua Eksekutif MUIS), YBhg. Tuan Haji Ahmad bin Yusof (Timbalan Pengarah Pengurusan, JHEAINS), YBhg. Ustaz Ag Juri bin Awang Tahir (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam, JHEAINS), Al-Fadil Ustaz Haji Ibrahim bin Kisab (Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah), YBhg. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim (Pengarah Darul Quran JAKIM), Ketua-ketua Penolong Pengarah JHEAINS, Pengetua-Pengetua Sekolah JHEAINS, Pensyarah-Pensyarah ITQAS, Ibu bapa, para alumni serta Siswa dan Siswi Itqas.

Dalam Majlis Konvokesyen ini seramai 65 orang graduan diraikan serta dianugerahkan sijil tamat pengajian bagi dua program pengajian yang dijalankan di ITQAS, iaitu Diploma Tahfiz Al-Quran & Qiraat dan Pensijilan Tahfiz Al-Quran & Pengajian Islam. Daripada keseluruhan graduan ini, seramai 37 orang hafiz dan 28 orang lagi adalah hafizah.

Antara pengisian majlis, Gimik 30 Tahun Penubuhan ITQAS (Jubli Mutiara), Pengurniaan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ITQAS Sabah, Pengurniaan Pensijilan Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Islam ITQAS Sabah. Dalam majlis ini, turut disampaikan Penyampaian Anugerah Pengetua ITQAS, Penyampaian Anugerah Pengarah JHEAINS, Penyampaian Anugerah Yang Di-Pertua MUIS serta Penyampaian Anugerah Tokoh Huffaz.

Antara petikan kata-kata perasmi, “ Anda telah dipilih Allah SWT untuk memikul amanah besar sebagai penjaga Al-Quran. Oleh itu, jadilah duta Al-Quran yang membawa sinar hidayah, akhlak mulia dan ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat ".

Semoga para graduan terus beristiqamah dalam memelihara dan menghayati Al-Quran sepanjang hayat, serta menyumbang ke arah pembangunan ummah.

#mediajheains/bpi/rar.