Skip to main content
27
Jan
2025

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) diantara Serantau Muslim dan JHEAINS

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) diantara Serantau Muslim dan JHEAINS

Majlis dihadiri oleh YBhg. Datuk Jumain Abd Ghani (Pengarah JHEAINS), Ustaz Ag Juri Ag Tahir (TP HEI), Ustaz Rahim Yahya (KPP Pentadbiran Masjid), Puan Shazlina Abd Rashid (KPP Bahagian Dakwah), Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor (Pengerusi Serantau Muslim), Pegawai-pegawai JHEAINS & rombongan daripada Serantau Muslim.

Majlis bermula dengan ucapan aluan daripada YBhg. Ustaz Ag Juri dan diikuti dengan ucapan dan perkenalan Serantau Muslim daripada Ustaz Hakim Mohd Nor. MOU ditandatangani YBhg Datuk Jumain (Pengarah JHEAINS) dan YBhg Ustaz Hakim Mohd Nor (Pengerusi Serantau Muslim). Dalam pada majlis yang sama, 10 orang asnaf telah menerima sumbangan barangan asas daripada Serantau Muslim.