Skip to main content
24
Nov
2025

Persidangan Indeks Akauntabiliti Tahun 2025 Jabatan Audit Dalam Negeri Sabah

24hb November 2025

Persidangan Indeks Akauntabiliti Tahun 2025 Jabatan Audit Dalam Negeri Sabah telah berlangsung pada 24hb November 2025 yang bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC) dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Alhamdulillah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah memperoleh dan menerima Penarafan Indeks Akauntabiliti Tahun 2025 daripada Jabatan Audit Dalam Negeri Sabah yang disampaikan daripada YBhg. Datuk Zainudin Aman (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah) bersama YBrs. Puan Anne @ Janet Venantius (Pengarah Jabatan Audit Dalam Negeri Sabah) kepada YBhg. Datuk Jumain Abdul Ghani (Pengarah JHEAINS).

Turut menerima penarafan tersebut, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), Pejabat Daerah Kudat dan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur (PPNS KL).

Penarafan Indeks Akauntabiliti adalah bertujuan untuk menilai kawalan pematuhan dalaman terhadap undang-undang dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa disamping memastikan rekod kewangan diselanggarakan dengan kemaskini. Audit dilaksanakan berdasarkan sistem indeks akauntabiliti SIA berdasarkan  kepada pematuhan pengurusan bajet, terimaan, perolehan, pembayaran dan pengurusan aset.

Setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian dan Jabatan yang telah menerima penarafan ini. Semoga Kementerian dan Jabatan Kerajaan khususnya JHEAINS dapat mengekalkan prestasi yang baik dalam pematuhan pengurusan kewangan ke tahun-tahun yang berikutnya.