Mesyuarat Penyelarasan Konvensyen Du'at Sabah 2025
Mesyuarat Penyelarasan Konvensyen Du'at Sabah 2025
Konvensyen Du'at Sabah 2025 yang julung kalinya diadakan bakal berlangsung pada bulan Ogos, 2025. Konvensyen ini merupakan anjuran bersama Agensi Islam di Negeri Sabah iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Pejabat Mufti Negeri Sabah (PMNS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).
Mesyuarat dipengerusikan YBhg. Datuk Jumain Abdul Ghani, Pengarah JHEAINS. Turut hadir mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Norjeli Dais, Pengarah JAKIM Sabah, YBhg. Datuk Ramlan Awang Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, serta Pegawai-pegawai Agensi yang terlibat.
Mesyuarat membincangkan hal-hal berkaitan dengan Konvensyen tersebut seperti penjenamaan semula Konvensyen, kehadiran peserta dan sebagainya.
Semoga Konvensyen ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat sambutan dan dapat memberi manafaat kepada semua yang bakal hadir.


