PROGRAM KHATAN PERDANA
"PROGRAM KHATAN PERDANA 2025"
Disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ruslan Bin Muharam, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Masjid Negeri Sabah.
Objektif utama program ini menyasarkan penyertaan daripada muallaf, asnaf serta keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan secara percuma.
Seramai 150 orang peserta berdaftar dalam program ini yang melibatkan 9 orang tok mudim dan 5 orang pembantu yang akan mengkhatankan peserta pada kali ini.
Untul makluman, ini merupakan penganjuran kali kedua kerjasama antara JHEAINS, Bhgn Zakat & Fitrah MUIS, Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Masjid Negeri Sabah.
Antara pengisian lain sepanjang program ini adalah Tazkirah, Klinik Al-Fatihah, Pemeriksaan Kesihatan, demontrasi kebarakan dan Derma Darah.
Tahniah & syabas kepada agens-agensi lain yang terlibat sama dalam menjalinkan kerjasama yang baik dalam memastikan program ini berjalan lancar.


