Skip to main content
07
Feb
2025

PERSIDANGAN JAWATANKUASA PENYELARASAN PENDIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN (JPPIK) MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM (MKI) KALI KE - 62

PERSIDANGAN JAWATANKUASA PENYELARASAN PENDIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN (JPPIK) MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL
AGAMA ISLAM (MKI) KALI KE - 62

Persidangan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke - 62 telah dilaksanakan pada 07hb sehingga 09hb Mei 2025 di Hotel Impiana Senai, Negeri Johor Darul Ta’zim.

Persidangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom, Pengerusi JPPIK MKI dihadiri oleh ahli-ahli JPPIK yang dilantik oleh MKI dengan perkenan Majlis Raja-Raja dan ahli-ahli dari setiap negeri yang telah dilantik. Turut hadir, YBhg. Datuk Jumain Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan juga Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Majlis Agama Islam Negeri serta Yayasan Islam Negeri.

JPPIK berperanan dalam memastikan sistem pendidikan Islam di semua sekolah-sekolah agama kerajaan negeri dan institusi pengajian islam swasta seluruh negara teratur dan terjaga bukan sahaja dari sudut kualiti, tetapi juga kebajikan guru-gurunya sentiasa terpelihara.

JPPIK dan seluruh rombongan juga telah dibawa ke program Lawatan Penanda Aras ke Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah, Singapura. Ahli Sidang JPPIK dan rombongan telah diberi ruang untuk bertukar pendapat dalam satu sesi soal jawab di Madrasah tersebut. Seterusnya Ahli Sidang JPPIK dan rombongan juga dibawa lawatan ke Masjid Temenggong Daeng Ibrahim Johor Darul Ta’zim di Negara Singapura. Masjid tersebut bertapak di Negara Singapura namun istimewanya dibawah kelolaan Negeri Johor. Seluruh rombongan berkesempatan menziarahi Makam Di-Raja Johor yang terletak di sekitar Masjid tersebut.

Diharapkan dengan Persidangan selama 3 hari tersebut dapat membuahkan hasil terbaik untuk dilaksanakan.

https://drive.google.com/drive/folders/1FrLJMyCQepEBBWQ9LnVCKgBID5DSJkU_