Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M
Mesyuarat diadakan di Dewan Persidangan Majlis Perbandaran Sandakan. YBrs. Tuan Walter Kenson, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, mempengerusikan mesyuarat tersebut. Turut hadir, YBhg. Datuk Jumain Abdul Ghani (Pengarah JHEAINS), YBhg. Datuk Ramlan Awang Ali (Ketua Pegawai Eksekutif MUIS), YBhg. Tuan Farizal Setoh (Timbalan Presiden II MPS), YBhg. Tuan Awang Juri Ag Tahir (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam JHEAINS), Ketua-ketua Jabatan/Agensi Kerajaan dan Wakil-wakil Jabatan/Agensi.
Sandakan sekali lagi telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M. Mesyuarat membincangkan hal-hal berkaitan Sambutan Maulidur Rasul dari Majlis-majlis yang bakal diadakan dan juga perarakan kontinjen-kontinjen yang terlibat. Semua jawatankuasa kecil juga membentangkan peranan mereka dari aspek keselamatan, protokol, hebahan dan lain-lain.
Semoga Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M ini berjalan dengan lancar.


