Mesyuarat Ad-Hoc Penyelarasan Penempatan Pelajar Sekolah Agama Negeri (SAN) Kampung Tebobon Menggatal, Kota Kinabalu
Mesyuarat Ad-Hoc Penyelarasan Penempatan Pelajar Sekolah Agama Negeri (SAN) Kampung Tebobon Menggatal, Kota Kinabalu
Mesyuarat dipengerusikan YBhg. Datuk Jumain Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Hadir bersama mesyuarat tersebut, Ustaz Ag. Juri Ag. Tahir, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam JHEAINS, Tuan Abd Manap Abd Ruhim, Ketua Penolong Pengarah Kanan JHEAINS, Ketua-ketua Penolong Pengarah JHEAINS, PTA Bandaraya, Pegawai-pegawai Kanan JHEAINS dan Kakitangan JHEAINS.
Turut hadir wakil daripada Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Guru Besar SAN Tebobon, Pengerusi Masjid Al-Falah Tebobon, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kg Fulliwa Tebobon, Pihak Kontraktor dilantik dan Pihak Developer Kg Fulliwa Tebobon.
Mesyuarat membincangkan isu-isu yang berbangkit berkaitan penempatan sementara pelajar SAN Kg Tebobon Menggatal. Sebelum itu, Ustazah Naimah Ubak, Guru Besar telah membentangkan pengenalan SAN Tebobon Menggatal kepada sidang mesyuarat.
Semoga mesyuarat ini mencapai kata putus dan mendapatkan keputusan bersama bagi penempatan sementara pelajar-pelajar SAN Tebobon, Menggatal. in shaa Allah.


