Skip to main content
09
Feb
2026

MENINJAU PERSIAPAN AKHIR MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL QURAN NEGERI SABAH 1447H/2026

09 Februari 2026, Isnin.

Dewan Saadah, Wisma MUIS.

Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, JP, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Merangkap Exco Agama selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1447H/2026M berkesempatan meninjau persiapan akhir pentas utama bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah Tahun 1447H/2026M.

Turut sama Yang Berhormat Datuk Isnin bin Haji Aliasnih (Timbalan Pengerusi I), Setiausaha bersama Yang Berbahagia Datuk Ramlan bin Awang Ali serta Yang Berbahagia Ustaz Awang Juri bin Ag. Tahir, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam).

Sebagai makluman Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah Tahun 1447H/2026M akan bermula pada 10 Februari 2026 sehingga 13 Februari 2026,  bertempat di Dewan Saadah, Wisma Muis.

Orang ramai dijemput hadir.

"MEMBANGUN UMMAH MADANI"

#mediajheains/bpi/rar