Skip to main content
13
Jul
2025

" MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN IJTIMAK PERDANA AGENSI AGAMA SELURUH MALAYSIA (IJPAM) SABAH 2025 "

13 Julai 2025, Ahad.

" MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN IJTIMAK PERDANA AGENSI AGAMA SELURUH MALAYSIA (IJPAM) SABAH 2025 "

Majlis penutupan dan penyampaian disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Bin Datuk Haji Mohd Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi. Turut hadir Yang Berhormat Datuk Haji Ruslan Bin Muharam (Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri), Datuk Seri Panglima Haji Yahya bin Haji Hussin (Yang di-Pertua MUIS) dan YBhg. Datuk Jumain Bin Abdul Ghani, Pengarah JHEAINS.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di umumkan sebagai Johan keseluruhan Karnival IJPAM Sabah 2025. Naib Johan disandang oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), manakala tempat ketiga dimenangi oleh Gabungan Pejabat Mufti Negeri Sabah dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PMDB).

#mediajheains/bpi/rar.