Skip to main content
27
Mar
2025

MAJLIS IFTAR BERSAMA ANAK YATIM TAHUN 1446H/2025M

Alhamdulillah..

27 Mac 2024, Khamis..
Dewan Saadah, Wisma MUIS..

" MAJLIS IFTAR BERSAMA ANAK YATIM TAHUN 1446H/2025M  "

Majlis ini bertujuan agar mengingatkan kita tentang tanggungjawab sosial kita terhadap sesama umat islam, lebih-lebih lagi terhadap golongan yang kurang bernasib baik selain dari merenung dan menghayati erti kasih sayang serta kepedulian sesama umat islam.

Program ini dikendalikan oleh Bahagian Dakwah, JHEAINS. Seramai 100 orang anak yatim yang hadir dari sekitar kawasan Kota Kinabalu dan juga dari Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan.

Majlis di sempurnakan YBhg Datuk Jumain bin Abdul Ghani, Pengarah JHEAINS. Turut hadir YBhg Datuk Haji Norjeli bin Haji Dais, Pengarah Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBhg. Tuan Haji Ag Shairin, Timbalan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah dan juga pengurusan tertinggi JHEAINS.

Pada majlis ini, turut disampaikan sumbangan kepada anak-anak Yatim ini.
Semoga program seperti ini akan terus dilaksanakan pada masa akan datang.

#mediajheains/bpi/rar