" LAWATAN PENANDA ARAS JHEAINS KE MASJID AL-KHAIRIYAH, TAMAN SERI GOMBAK, SELANGOR "
05 Ogos 2025, Selasa.
" LAWATAN PENANDA ARAS JHEAINS KE MASJID AL-KHAIRIYAH, TAMAN SERI GOMBAK, SELANGOR "
JHEAINS telah mengadakan Lawatan penanda aras Pengurusan Masjid di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, Selangor pada 5 Ogos 2025 (Selasa).
Rombongan ini diketuai oleh Datuk Jumain Abdul Ghani, Pengarah JHEAINS. Turut serta ialah Ustaz Awang Juri bin Ag Tahir, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), bersama beberapa orang pegawai kanan jabatan.
Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak mempunyai sejarah penubuhan yang bermula pada tahun 1982, hasil inisiatif dan semangat masyarakat Islam setempat. Ketika itu, sebuah rumah telah disewa untuk dijadikan surau sementara. Dari situlah bermulanya pembinaan sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Al-Ittifaqiyah.
Namun, disebabkan pertambahan penduduk dan kapasiti masjid yang tidak lagi mencukupi, pembinaan sebuah masjid baharu dimulakan pada 11 Disember 2001. Hasilnya, Masjid Al-Khairiyah telah siap dibina dan dirasmikan pada 09 Julai 2004 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.
Masjid ini direka bentuk dengan konsep kemelayuan yang disepadukan dengan elemen seni bina Islam, menjadikannya sebuah mercu tanda yang bukan sahaja indah tetapi juga fungsional. Ia mampu menampung sehingga 4,000 jemaah dalam satu masa.
Pada tahun 2024, masjid ini telah menerima pengiktirafan sebagai Masjid Terbaik Negeri Selangor dalam Kategori Pusat Ibadah Terbaik hasil komitmen cemerlang dalam pengurusan Ibadah dan program keagamaan . Pengiktirafan ini mengangkat masjid ini sebagai contoh teladan dalam usaha menjadikan masjid sebagai pusat ibadah yang aktif,berdaya saing dan releven dengan keperluan semasa umat Islam.
Pada tahun 2025, masjid ini dinobatkan Anugerah Kecemerlangan Sempena Derma Darah Terbanyak Peringkat Kebangsaan. Pengiktirafan ini membuktikan masjid sebagai pusat kebajikan dan khidmat masyarakat yang proaktif dan relevan.
Semoga atas pengiktifaran ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada seluruh institusi masjid di Malaysia.
Semoga melalui lawatan ini dapat memberi inspirasi serta idea-idea baharu dalam usaha memperkasa aspek pengurusan, pentadbiran dan program-program masjid. Di samping itu, ia turut membuka ruang untuk memperkukuh hubungan silaturahim dan jaringan kerjasama antara institusi masjid dari seluruh negara.
#mediajheains/bpi/rar


