" BENGKEL PEMANTAPAN JAWATANKUASA I-SYIFA’ NEGERI SABAH 1446H/2025M "
Alhamdulillah.
16 - 18 Mei 2025.
" BENGKEL PEMANTAPAN JAWATANKUASA I-SYIFA’ NEGERI SABAH 1446H/2025M "
Bengkel ini dikendalikan oleh Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS. Bengkel tiga hari ini telah mengundang Ustaz Mohammad Khalis bin Mohamad Aroff, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Prof. Madya Dr. Mahyuddin bin Ismail, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pasca Siswazah), Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai Fasilitator bengkel yang bertempat di Hotel Grandis, Kota Kinabalu.
Majlis Perasmian di sempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad bin Haji Yusop, Timbalan Pengarah (Pengurusan) yang mewakili Datuk Jumain bin Abdul Ghani, Pengarah JHEAINS.
Objektif utama I-Syifa di dalam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah adalah untuk memperkasa individu di negeri ini dengan maklumat yang tepat supaya dapat membuat keputusan yang betul, seterusnya bagi mengurangkan risiko daripada kesan perkhidmatan rawatan dan juga untuk meningkatkan kesedaran mengenai hak pengguna dalam penggunaan Perkhimatan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) yang betul dan selamat.
I-Syifa adalah akronim yang bermaksud Standart Pengukuran Pematuhan Syariah bagi Pengamal Perubatan Islam. Standart ini merupakan mekanisma saringan yang bertujuan bagi mengenalpasti pengamal pengubatan Islam yang mematuhi syariah atau tidak dalam rawatan mereka. Sepanjang 3 tahun Jawankuasa I-Syifa bagi Negeri Sabah ini ditubuhkan iaitu sejak 2023 sehingga 2025, jumlah permohonan yang sedia ada seramai 72 orang iaitu 18 orang yang lulus dan 54 orang masi dalam proses untuk pendaftaran.
Harapan Jabatan kepada semua pengamal perubatan rawatan PT&K ini dapat memberikan perkhidmatan rawatan yang selamat dan berkualiti kepada para pengguna di negeri ini, melalui Jawatankuasa I-Syifa Negeri Sabah, ini juga diharapkan semoga dapat memantapkan para pengamal pengubatan islam agar dapat merialisasikan objektif ini.
#mediajheains/bpi/rar.


