29 Julai 2025, SELASA. " MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT NEGERI SABAH 1447H/2025M "
29 Julai 2025, SELASA.
" MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT NEGERI SABAH 1447H/2025M "
Mesyuarat di Pengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Bin Datuk Haji Mohd Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi. Turut hadir Timbalan Pengerusi I Yang Berhormat Datuk Haji Ruslan Bin Muharam (Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri),Timbalan Pengerusi III YBhg. Datuk Ustaz Haji Malai Ali bin Malai Ahmad (Timb. Yang Di-Pertua MUIS), Setiausaha bersama YBhg. Datuk Jumain Bin Abdul Ghani, Pengarah JHEAINS dan YBhg. Datuk Ramlan Bin Awang Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MUIS dan juga kehadiran Ketua-ketua Jabatan serta Agensi-agensi lain yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Negeri Sabah tahun 1447H/2025M.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan cadangan acara dan Jawatankuasa pelaksana Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Negeri Sabah Tahun 1447H/2025M sama ada di Peringkat Negeri dan di Daerah.
Tema Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 1447M ialah " MEMBANGUN UMMAH MADANI ".
#mediajheains/bpi/rar


