SOLAT HAJAT PERDANA,BACAAN YASIN,TAHLIL DAN DOA BUAT ADIK ZARA QAIRINA
14 OGOS 2025, MASJID AR-RAUDAH LAHAD DATU
Program yang dilaksanakan diseluruh Sabah ini dijayakan oleh Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Lahad Datu, Ustaz Mardi Arifin yang mana melibatkan beberapa Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Hampir 3,000 orang hadir ke Majlis Solat Hajat Perdana,Bacaan Yasin,Tahlil dan Doa buat adik ZARA QAIRINA. Solidariti buat adik Zara Qairina ini adalah atas dasar kemanusiaan dan kebersamaan masyarakat Lahad Datu untuk menuntut keadilan buat Adik Zara. Semoga roh Almarhumah Adik Zara ditempatkan di sisiNya bersama orang-orang yang beriman.


