Skip to main content

Program Ziarah Dakwah Pantai Timur Sabah Bersama Prof. Dr. Ustaz Haji Abdul Somad Batubara L.C D.E.S.A Ph.D

19 Oktober 2025, Kompleks Sukan Daerah Lahad Datu

Kehadiran Penceramah Tersohor Senusantara, Ustaz Abdul Somad di Kompleks Daerah Lahad Datu disambut luarbiasa oleh masyarakat disekitar Lahad Datu, Tungku, Kunak, Semporna, Sandakan, Kinabatangan dan Tawau yang dianggarkan hampir 30,000 orang hadir untuk sama-sama dalam majlis ilmu yang penuh keberkatan ini.

Program yang dirancang dan dilaksanakan bersama oleh Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Daerah Lahad Datu, Ustaz Mardi Arifin dan TYDP USIA, Datuk Haji Abdul Hakim bin Haji Gulam Hassan meraihkan ribuan rasa syukur dan terima kasih dari rakyat marhain atas usaha membawa ulama dalam menyuburkan rimbunan dakwah di bumi Lahad Datu.

Tidak dilupakan juga atas kerjasama yang jitu dari semua Agensi Kerajaan dan swasta, NGO dan Pertubuhan, media-media serta urusetia yang terlibat dalam menjayakan program ini dapat berlangsung dengan jayanya.

Berita penuh berkaitan program ini boleh di ikuti melalui pautan media sosial JHEAINS Lahad Datu:

Tiktok : https://vm.tiktok.com/ZSHcfFr8mgN4j-xxip0/

Facebook : https://www.facebook.com/share/16YQ9sLmnL/