PROGRAM WALKABOUT IHYA' RAMADAN BADAN DAKWAH DAN JABATAN KERAJAAN DAERAH LAHAD DATU
16/MAC/2025
Program ini adalah initiatif yand diambil bagi mendedahkan kepada masyarakat setempat tentang hak-hak pengguna dan kawalan harga di bazar ramadan. Selain itu, tujuan program ini juga adalah untuk memastikan masyarakat samada penjaja atau pengguna memahami istilah "Halalan Thoyyibah" iaitu selain makanan halal, kualiti dan kebersihan makanan juga perlu dijaga.
Jabatan Kerajaan Negeri & Persekutuan serta agensi-agensi lain yang turut dalam program ini ialah JHEAINS LD, MDLD, KPDNKK, PERKESO, PDLD, JKM, BANK ISLAM, BANK RAKYAT dan UPPM Silam. Setiap Jabatan dan agensi membawa misi masing-masing dengan mengedarkan risalah-risalah untuk memberi maklumat kepada masyarakat.
Program berjalan dan mendapat sambutan yang baik dari masyarakat dan mendapat maklumbalas yang positif dari semua pihak


