Skip to main content

PROGRAM SINGGAH SUNGKAI BADAN DAKWAH DAN JABATAN KERAJAAN BERSAMA KARIAH DI MASJID NURUL JIHAD KG. COCOS LAHAD DATU

18/MAC/2025

Program Singgah Sungkai merupakan initiatif yang dilaksanakan oleh JHEAINS Lahad Datu bagi mendekatkan agensi kerajaan dengan masyarakat serta dapat menjalinkan silaturrahim dalam bulan ramadan

Singgah Sungkai buat kali pertama ini diadakan di Masjid Nurul Jihad, Kg. Cocos yang dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi Badan Dakwah, Tuan Firuz Idzualdeen@Benetty bin Mohd Dzul dan diikuti dengan taklimat daripada Pegawai SPRM, PPs Wan Mohd Nizamuddin bin Wan Mohd Azaharuddin berkenaan 4 kesalahan utama rasuah dan kepentingan mencari rezeki yang halal.

Kehadiran masyarakat setempat sekitar 100 orang memeriahkan suasana dengan majlis berbuka bersama. Program di akhiri dengan rakaman video ucapan selamat hari raya, solat fardhu dan terawih secara berjemaah.