PROGRAM SINGGAH SUNGKAI BADAN DAKWAH DAN JABATAN KERAJAAN BERSAMA KARIAH DI MASJID NURUL MUSTAQIM, KG. DURIAN BT.2, LAHAD DATU
26/MAC/2025
Program Singgah Sungkai merupakan initiatif yang dilaksanakan oleh JHEAINS Lahad Datu bagi mendekatkan agensi kerajaan dengan masyarakat serta dapat menjalinkan silaturrahim dalam bulan ramadan.
Singgah Sungkai bersama kariah yang keenam diadakan di Masjid Nurul Mustaqim, Kg. Durian Bt.2, Lahad Datu. Taklimat disampaikan oleh Ketua Jabatan Bomba, Tuan Samsua dan Jabatan Pengangkutan Jalan. Taklimat yang disampaikan adalah berkaitan dengan keselamatan semasa musim perayaan dan berhati-hati semasa memandu pulang beraya.
Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Tuan Mizzuan Jafilus, Pengarah ILIM mewakili Pengerusi Badan Dakwah Daerah Lahad Datu. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan komitmen semua yang terlibat.
Kehadiran masyarakat setempat sekitar 100 orang memeriahkan suasana dengan majlis berbuka di akhiri dengan rakaman video ucapan selamat hari raya, solat fardhu dan terawih secara berjemaah.


