Skip to main content

PROGRAM SINGGAH SUNGKAI BADAN DAKWAH DAN JABATAN KERAJAAN BERSAMA KARIAH DI MASJID NURUL TAUHID, LADANG TAMACO JEROCO, LAHAD DATU

20/MAC/2025

Program Singgah Sungkai merupakan initiatif yang dilaksanakan oleh JHEAINS Lahad Datu bagi mendekatkan agensi kerajaan dengan masyarakat serta dapat menjalinkan silaturrahim dalam bulan ramadan.

Singgah Sungkai bersama kariah yang ketiga diadakan di Masjid Nurul Tauhid, Ladang Tamaco Jeroco, Lahad Datu. Taklimat disampaikan oleh Pengurus Pejabat PERKESO, Tuan Mohd Fauzie bin Yusof tentang kepentingan dan manfaat yang diperolehi jika mencarum dengan PERKESO. Taklimat seterusnya di sampaikan oleh Pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja yang menyentuh tentang hak-hak sebagai pekerja terhadap majikan. 

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Ustaz Mardi bin Arifin, Pegawai Tadbir Agama mewakili Pengerusi Badan Dakwah Daerah Lahad Datu. Dalam ucapan beliau menyentuh tentang kepentingan mendaftarkan perkahwinan bagi memudahkan urusan dalam menuntut hak-hak perwarisan sekiranya berlaku kematian.

Kehadiran masyarakat setempat sekitar 100 orang memeriahkan suasana dengan majlis berbuka bersama yang mana hidangan disediakan secara rewang oleh kakitangan kilang ladang Tamaco, Lahad Datu. Program di akhiri dengan rakaman video ucapan selamat hari raya, solat fardhu dan terawih secara berjemaah.