KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MUKIM SEGAMA
10 Mei 2025 (Sabtu)
Masjid Nurul Ibadah, Kg. Teck Guan Lahad Datu
Kursus yang dia yang dianjurkan oleh JHEAINS Lahad Datu bersama Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Kem Lahad Datu dihadiri oleh hampir 100 orang peserta yang datang dari Kg. sekitar Mukim Segama umumnya dan dari Kg. Teck Guan Khasnya.
Program dimulakan sewal 7.30pagi dan di akhiri dengan majlis perasmian penutupan oleh YBhg. Tuan Firuz Idzualdeen @ Benetty bin Mohd Dzul, Ketua Daerah, Daerah Lahad Datu.
Maklumbalas dari peserta-peserta adalah sangat memberangsangkan dimana teori dan praktikal yang disampaikan oleh KAGAT mudah difahami dengan praktikal secara langsung. Majlis di akhiri dengan jamuan ringkas yang disediakan oleh AJK Masjid Nurul Ibadah, Kg. Teck Guan.


