Skip to main content

PROGRAM FIQH JINAYAT 

PERINGKAT DAERAH KECIL TUNGKU 1446H/2024M

JHEAINS Daerah Tungku telah selesai melaksanakan Program Fiqh Jinayat yang diadakan pada 07hb November 2024 bertempat di Dewan Panglima Ladtang, Tungku bermula seawal 7.00 pagi dan selesai pada pukul 2.00 petang.

Slot pertama ceramah iaitu Peranan Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Mal dan Jenayah Syariah) disampaikan oleh Puan Abidah Abd Gani, Pegawai Syariah Mahkamah Syariah Lahad Datu. Slot kedua ceramah disampaikan oleh Encik Mohd Yusof bin Saad, Penolong Pegawai Syariah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Mahkamah Syariah Negeri Sabah dengan tajuk Culas Nafkah satu Jenayah. 

Manakala pembentangan Peranan PERKESO yang disampaikan oleh Encik Mohd Fauzie bin Yusof, Pengurus PERKESO Lahad Datu dalam slot yang ketiga. Sesi slot ceramah diakhiri dengan pembentangan tentang Akidah Sunnah Wal Jamaah dan Kesalahan Jenayah Syariah oleh Tuan Mohamad Tasawwuf bin Hassan, Ketua Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUUS), JHEAINS.

Program juga dimeriahkan pameran dan pembukaan kaunter pertanyaan oleh BSK serta PERKESO. Majlis penutupan dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Momen @ Mukmin bin Anchai dan Alhamdulillah lebih kurang 100 orang peserta mengikuti program dengan jayanya. 

 

Lawati Media Sosial JHEAINS TUNGKU untuk maklumat program-program terkini di pautan berikut: https://www.tiktok.com/@jheains_tungku?_t=8rEeDI7Cs0V&_r=1