Skip to main content

Sesi Dialog Imam Kariah dan Imam Rawatib Bersama Pegawai Daerah Lahad Datu

 

Pegawai Daerah Lahad Datu, Tuan Firuz Idzualdeen @ Benetty bin Mohd Dzul berbesar hati untuk berjumpa dan bersesi dialog bersama Imam-imam Masjid yang dilantik di sekitar daerah Lahad Datu bagi membincangkan hala tuju dan permasalahan Masjid-masjid. Seramai 60 orang Imam-imam dan kakitangan JHEAINS Lahad Datu menghadiri perjumpaan yang diadakan di Saujana Ballroom.

Perjumpaan dimulakan dengan sesi taklimat oleh Ustaz Mardi Arifin selaku PTA JHEAINS LD mengenai pelan strategik JHEAINS Lahad Datu sepanjang tahun 2025.

Seterusnya ucapan Pengawai Daerah dan sesi dialog untuk mengumpul permasalahan yang dialami oleh imam atau masjid termasuklah berkenaan dengan perbekalan, menaik taraf dan kebajikan imam-imam. Perjumpaan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.