MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU 1447H/2025M
06 SEPTEMBER 2025, MASJID AR-RAUDHAH - DEWAN TUN MUSTAPHA
Majlis Kebesaran Islam yang diadakan setiap tahun di daerah ini, mendapat sambutan luarbiasa dengan penyertaan sebanyak 60 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta dengan kehadiran hampir 7000 orang mengikuti perarakan dari Masjid Ar-Raudhah ke Dewan Tun Mustapha Lahad Datu.
Melalui usaha dan pimpinan Pegawai Tadbir Agama Daerah Lahad Datu, Ustaz Mardi Arifin, sebanyak 5 kategori pertandingan sepanduk diadakan iaitu; Kategori Kerajaan Negeri/Persekutuan, Kategori Sekolah, Kategori NGO dan Pertubuhan, Kategori Kampung/Masjid/Perumahan di DUN Silam dan Segama. Kategori lain yang dipertandingkan ialah; Kontinjen Terbaik, Kontinjen Teramai, Kontinjen Paling 'Rare' dan Pertandingan Gubahan Bunga Telur.
Hakim pertandingan sepanduk dijemput khas dari Ibu Pejabat JHEAINS Kota Kinabalu dengan kerjasama dengan ATM Lahad Datu. Majlis sambutan Maulidur Rasul SAW juga turut dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan khas untuk menghiburkan para hadirin iaitu Ustaz Nazrey Johani dan Hafiz Hamidun. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan anugerah tokoh Maudidur Rasul SAW.


