Skip to main content

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT DAERAH SOOK TAHUN 1447H/2025M

Telah berlangsung Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1447H/2025M pada 12 Julai 2025 yang bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Sinulihan Baru, Sook.

Majlis Sambutan Maal Hijrah tersebut telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Abdul Rahman bin Mohd Yakub selaku Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri bagi mewakili Datuk Ruslan bin Haji Muharram yang dihadiri seramai 300 orang muslimin dan muslimat sekitar Daerah Sook.

Turut menghadiri pada majlis sambutan tersebut ialah Ustaz Awang Juri bin Awang Tahir, Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah selaku penceramah jemputan dalam majlis tersebut.

Anugerah Tokoh Maal Hijrah telahpun dianugerahkan kepada saudara En. Ismail bin Yamit yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti dalam agama islam khasnya di Daerah Sook.

Antara anugerah lain yang telah diberikan pada majlis tersebut ialah Anugerah Taman Perkuburan Terbaik yang telah dianugerahkan kepada Kampung Sinulihan, Anugerah Surau Terbaik dianugerahkan kepada Surau Al-Khair, Kampung Sinar Harapan, Anugerah Masjid Terbaik dianugerahkan kepada Masjid As-Saadah, Kampung Binuwou Tengah.

Pelbagai persembahan kesenian Islam yang telah dipersembahkan pada majlis tersebut dan antara kumpulan persembahan yang memeriahkan majlis sambutan Maal Hijrah ialah kumpulan Nasyid Sautul Rijal, SAR Kampung Sinulihan, Ustazah Jalimah selaku pembaca Al-Quran dan ramai lagi.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penyumbang hadiah pengunjung bertuah antaranya Jabatan Air Negeri Sabah, Kementerian Pembangunan Desa Sook, Restoran Nur Faizah, Restoran Rahmat, Restoran Sri Sook, Sinulihan Kimia, Doktor Karan Entreprise, PDRM Sook, Keluarga Sabina dan lain-lain lagi.

Syabas dan tahniah kepada Pengerusi Majlis iaitu Tuan Sakim bin Ibrahim dan semua Ajk Pelaksana Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1447H/2025M serta semua jemaah yang hadir dalam majlis tersebut.

"Membangun Ummah Madani"

Sekian, Terima Kasih.