MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 2025M/1447H
Peringkat Daerah Lahad Datu
Majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Lahad Datu yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ustaz Malai Ali bin Malai Ahmad, Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) diadakan pada 4 Julai bertempat di Dewan Perdana Lahad Datu.
Istimewa sambutan kali ini penceramah tersohor tanahair iaitu Al-Fadhil Datuk Ustaz Mohammad Kazim bin Elias di datangkan khas untuk masyarakat Lahad Datu bagi mengimarahkan lagi sambutan Maal Hijrah. Sesuai dengan Tema Maal Hijrah "Membangun Ummah Madani" ceramah yang disampaikan oleh penceramah mencuit hati ribuan hati penonton yang hadir pada malam sambutan maal hijrah.
Kemeriahan sambutan juga turut dihiasi dengan penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah yang diterima oleh Tuan Haji Ustaz Nordin bin Nahanak, Pegawai Tadbir Agama daerah Tungku, Anugerah Saidatina Khadijah diberikan kepada Datuk Mizma Appehdullh, Anugerah Murobbi diterima oleh Ustaz Mohamad Yunus bin Abu, Anugerah Umar Abd Aziz diberikan kepada Ustaz Andri Arianto. Manakala Anugerah Khas Kerajaan Negeri dan Persekutuan masing-masing diterima oleh Sawit Kinabalu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.
Dewan perdana yang memuatkan dalam kapasiti 2000 - 3000 orang dalam satu-satu masa namun telah melebihi kapasiti dimana hadirin yang hadir dianggarkan hampir 3500 orang.


